CINDY bersama tenaga kreatif Coca-Cola ketika menerima pengiktirafan Emas di Effie Award baru-baru ini.
CINDY bersama tenaga kreatif Coca-Cola ketika menerima pengiktirafan Emas di Effie Award baru-baru ini.

#ShareMYcokelah anjuran Coca-Cola tahun lalu mencatat kejayaan tersendiri selepas diiktiraf di majlis penganugerahan Emas di Effie Award baru-baru ini

Perspektif perniagaannya oleh pihak Coca-Cola hanya untuk mengukuhkan lagi penjenamaan dalam kalangan anak muda yang menjadi pengguna terbesarnya selain mendekati setiap seorang mereka untuk menghargai segala sokongan mereka selama ini.

Malah pihak Coca-Cola menambah objektifnya dengan menganjurkan kempen istimewa dengan kerjasama akhbar nombor satu Malaysia, Harian Metro menerusi sisipan Gen Y bagi menyerlahkan keunikan Malaysia menerusi tujuh tema pada tin minuman terbaru mereka sebagai salah satu aktiviti kandungan kempen mereka.

Terkenal dengan konsep dan idea unik bagi mengangkat jenama syarikat mereka, Coca-Cola Malaysia sekali lagi memperkenalkan sebuah kempen terbaru, #shareMYcokelah dengan menjadikan pelanggan utama mereka, golongan remaja sebagai subjek menggerakkan kempen hebat ini.

Tema yang berasaskan frasa kebiasaan atau bahasa kebiasaan orang Malaysia atau dikenali sebagai 'manglish' seperti #macha, #beb, #lenglui, #syoknya, #terrernya, #bestgiler dan #fuyoh ini dicetak pada tin minuman karbonat ini bagi memeriahkan lagi kempen menarik yang berlangsung lebih dua bulan penghujung tahun lalu.

Menariknya, idea dan konsep yang diketengahkan pihak Coca-Cola dengan kerjasama Harian Metro menerusi kempen Xpresi Gen Y berjaya dilihat melengkapi kriteria sebuah penganjuran kempen berkesan, relevan dan mencapai objektif dengan baik.

Anugerah Effie Emas yang diterima baru-baru ini membuktikan idea penganjuran kempen Coca-Cola adalah antara paling berkesan hingga mencapai impak besar baik kepada pelanggan tetap mereka mahupun generasi muda yang kini mula memilih minuman Coke sebagai pilihan kegemaran mereka.

Gen Y berkesempatan singgah ke pejabat pemasaran baru Coca-Cola di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi mendengar sendiri komen dan rasa gembira mereka selepas dinobatkan sebagai yang terbaik.

Menurut Pengurus Senior Coca-Cola, Cindy Lim, Xpresi Gen Y adalah sebuah kempen yang mampu meletakkan jenama Coca-Cola dekat dengan golongan remaja dan muda yang selama ini memberi sokongan penuh kepada produk ini.

"Kami begitu gembira apabila kempen #shareMYcokelah yang kami anjurkan tahun lalu berjaya diiktiraf kerana keberkesanannya dalam mencapai objektif dalam mendekatkan diri dengan golongan muda yang merupakan pelanggan pihak kami.

"Kandungan kempen yang kami laksanakan jelas memberi impak dan kesan kepada penjenamaan kami dan juga golongan remaja yang terbabit dalam setiap satu aktiviti kami.

"Tidak setakat membawa jenama minuman ini kepada golongan muda namun pihak kami menyuntik satu kempen dengan memperkenalkan tujuh frasa 'manglish' yang acap kali digunakan orang tempatan pada tin minuman kami dalam usaha menonjolkan keunikkan Malaysia secara maksimum.

"Lebih melengkapkan lagi kempen #shareMYcokelah ini apabila pihak kami bekerjasama dengan sisipan Gen Y Harian Metro menerusi acara Xpresi Gen Y Harian Metro bersama Coca-Cola. Malah kami turut membawa selebriti terkenal termasuk Neelofa, Aiman Hakim, Anzalna, Kaka Azraff dan Zizan Razak untuk bertemu golongan pelajar universiti selain membuka peluang untuk mereka 'selfie' bersama tin Coca-Cola untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa.

"Itulah kekuatan kami dan kempen Xpresi Gen Y hingga mampu menghimpunkan lebih 500 pelajar dengan pembabitan mereka secara serius dalam peraduan yang kami jalankan sepanjang dua bulan di enam universiti seluruh Malaysia," katanya.

Tambah Cindy lagi, kempen #shareMYcokelah dan Xpresi Gen Y khususnya tidak mampu direalisasi jika tidak mendapat sokongan penuh daripada agensi kreatif yang menyokong penuh idea dan konsepnya iaitu MediaCompete dan Ogilvy Action yang bertungkus lumus meneliti setiap inci perjalanan kempen ini.

"Kerjasama dan gabungan idea pelbagai pihak menjadikan Xpresi Gen Y sebagai satu penganjuran kempen yang berbeza dan berkesan," katanya lagi.

Atas kejayaan itu, pihak Coca-Cola Malaysia terus merencana beberapa lagi kempen di masa akan datang termasuk beberapa penganjuran kempen lebih besar pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:03 AM