JINGGO (kiri), Sheila dan Ariel Zafriel sempena Siri Jelajah DFKL 2015 di kampus UiTM Lendu.
JINGGO (kiri), Sheila dan Ariel Zafriel sempena Siri Jelajah DFKL 2015 di kampus UiTM Lendu.
Oleh Nazri Abu Bakar

Pelakon Sheila Rusly bersama suaminya pengarah Azman Yahya atau Jinggo, pelakon Aeril Zafrel dan Shah Iskandar meluangkan masa memberi tip kepada pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka sempena siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015) di kampus itu di Lendu, Alor Gajah, baru-baru ini.

Sheila yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai pelakon memceritakan pembabitannya dalam bidang itu sejak berusia 15 tahun.

Bukan saja pelakon, Sheila juga aktif sebagai pengacara.

Menurutnya, pentas hiburan tanah air memerlukan lebih ramai bakat baru yang memilki idea dan daya kreativiti tinggi.

Sheila turut menggalakkan warga UiTM Lendu menyertai DFKL yang akan berlangsung di Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Mac ini.

“Mereka yang hadir akan diberi tip terbaik untuk muncul sebagai bintang terbaik masa depan, malah mungkin mampu menggantikan hero dan heroin masa kini termasuk sebagai pengarah dan penerbit,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9 Sherina Nordin berkata, DFKL 2015 adalah platform tepat untuk memartabatkan industri hiburan tanah air yang turut menghubungkan pelbagai karyawan termasuk pengarah, juru animasi, pelawak dan pelakon daripada amatur ke profesional berkongsi idea dalam membentuk dan melahirkan bakat kreatif.

Sehubungan itu, beberapa bengkel akan diadakan termasuk lakonan dikendalikan Sheila Rusly, Remy Ishak, Noorkhiriah dan Adi Putra, manakala pengarahan oleh Jinggo, Nik Amir Musstapa, Datuk Yusof Haslam dan Khai Bahar.

Bagi bengkel komedi pula dikendalikan Mamat Khalid, Sharifah Shahira, Didie Alias dan Ebby Yus.

Bengkel turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti uji bakat pencarian pelakon lelaki, wanita, kanak-kanak, selain pengacaraan TV dan sesi pembentangan idea kepada sesiapa sahaja yang memilki potensi dan idea kreatif.

Pelakon terkenal, Zul Ariffin dan Nur Fathia diangkat sebagai Duta DFKL2015 manakala Nora Danish sebagai Duta Media Sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 10:57 AM