Oleh Salman Hamat


Bukit Mertajam: Seramai 952 (4.36 peratus) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 negeri Pulau Pinang berjaya memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran negeri Datuk Osman Hussain berkata peratusan itu menurun berbanding SPM 2013.

"Bagaimanapun, jumlah pelajar mendapat A+ dalam semua mata pelajaran diambil meningkat kepada 35 orang berbanding 25 pada tahun sebelumya.

"Manakala 24 sekolah pula mencapai prestasi 100 peratus iaitu semua calon layak mendapat sijil," katanya.

Seramai 17,912 daripada 21,816 calon hadir peperiksaan SPM2014 layak mendapat sijil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 11:03 AM