FIZO, Liyana dan Adi Putra akui watak dalam Isyarat Cinta begitu mencabar.
FIZO, Liyana dan Adi Putra akui watak dalam Isyarat Cinta begitu mencabar.
Syanty Octavia Amry


Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar, nama yang tidak asing lagi dalam bidang seni lakonan. Kemampuan mereka membawakan apa saja watak menyebabkan kedudukan mereka sebagai artis terkenal tanah air kukuh sehingga sekarang.

Adi yang berasal dari Singapura membuat keputusan untuk terus menetap di Malaysia selepas berkahwin bagi mengembangkan lagi bakat lakonan. Liyana pula selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata, mengatur banyak rancangan untuk mengembangkan syarikat produksi miliknya, Mermaid Production dan akan menerbitkan filem tidak lama lagi.

Begitu juga dengan Fizo, selain berlakon dia semakin ligat mengembangkan perniagaan Hot Burger yang kini sudah pun mempunyai berpuluh cawangan di seluruh negara.

Mereka bertiga akhirnya ditemukan dalam filem hebat berjudul Isyarat Cinta terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan RK Screen Sdn Bhd. Filem ini menyatukan mereka dalam satu kisah cinta tiga segi yang sangat menarik. Filem arahan Bade Hj Azmi ini akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 19 Mac ini.

Bersama RAP, masing-masing berkongsi pengalaman sepanjang menjalani penggambaran filem itu serta perkembangan terbaru karier mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 7:11 AM