ZULFAKAR bersama produk minuman berasaskan sunnah, Jus D’Warisan.
ZULFAKAR bersama produk minuman berasaskan sunnah, Jus D’Warisan.
Oleh Nur Ain Musdad


Melaka

Riena Food Industries menyasarkan peningkatan jualan sehingga 16,000 botol sebulan bagi produk Jus D’Warisan pada tahun depan.

Pengarah Operasinya, Zulfakar Sharudin berkata, setakat ini produk minuman sunah itu menerima sambutan amat memberangsangkan daripada pengguna di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Jus D’Warisan dihasilkan dengan menggunakan beberapa bahan asas utama iaitu pati kurma, campuran madu, habbatus sauda, minyak zaitun dan herba yang diadunkan bersama bagi membantu meningkatkan ketahanan badan, mengurang serta mencegah penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, asma dan gastrik.

“Sehingga kini, produk minuman ini mencatatkan jualan sehingga 8,000 botol dalam tempoh sebulan dan kita berharap bilangan itu akan meningkat sekali ganda lagi pada tahun depan,” katanya ketika ditemui di Kilang Riena Food Industries, baru-baru ini.

Beliau berkata, produk itu sebelum ini dikenali sebagai Jus Kurma G2= ENIUS sebelum ditukar kepada Jus D’Warisan pada 2009 dan syarikat menawarkan peluang berniaga kepada golongan muda yang berminat mendaftar sebagai stokis bergerak bagi produk minuman berkenaan.

“Untuk memulakan perniagaan sebagai stokis bergerak, mereka hanya memerlukan modal serendah RM700 dan kita akan berikan mereka sebanyak 35 botol produk minuman ini.

“Sehingga kini, kita mempunyai lebih 100 pengedar aktif di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan bercadang untuk menggandakan bilangan ini bagi memastikan produk dapat dipasarkan di semua tempat,” katanya.

Zulfakar berkata, pihaknya juga merancang untuk menghasilkan produk kecantikan yang berasaskan gabungan makanan Sunah dan kolagen pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 5:02 AM