FAUZI menunjukkan rangkaian produk keluaran syarikatnya.
FAUZI menunjukkan rangkaian produk keluaran syarikatnya.
Wan Nur Ameera Meor Rozman

Gombak: Ainries Sdn Bhd (Ainries), syarikat yang mengeluarkan rangkaian makanan kesihatan PL Jus Plus, PL Jus Anggun, PL Jus Mata dan PL Serum menyasarkan jualan sehingga 200,000 unit bagi semua produknya menjelang akhir tahun ini.

Pemiliknya, Fauzi Abdullah berkata, sasaran itu sekali kali ganda daripada jualan dicatatkan tahun lalu sebanyak 100,000 botol.

“Tahun lalu, kira-kira 70 peratus jualan disumbangkan oleh platform atas talian manakala bakinya luar talian.

“Memandangkan kami tertumpu kepada segmen atas talian, syarikat merancang untuk meningkatkan jualan stokis,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, Ainries mempunyai lebih 100 stokis merangkumi pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura.

Fauzi berkata, untuk pasaran tempatan, syarikatnya memperuntukkan lima stokis di setiap negeri dengan pecahan satu daerah satu stokis bagi memudah dan menggalakkan urusan jual beli.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web www.kanserdanjaundis.com atau laman sosial facebook (ainries).

Tambahnya, setiap produk disasarkan kepada kumpulan berbeza-beza di mana PL Jus Plus yang diperbuat daripada durian belanda, bidara, madu asli dan guarana berfungsi sebagai rawatan alternatif bagi membantu mengurangkan penyakit lelaki serta wanita.

Katanya, PL Jus Anggun pula dirumus daripada herba semula jadi bagi membantu masalah dalaman wanita, selain meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan serta memelihara kesihatan tubuh secara menyeluruh untuk kekal aktif dan segar sepanjang hari.

Bagi PL Jus Mata pula, ia membantu memperbaiki kadar silau mata, berair, pedih dan kegatalan serta memperbaiki perjalanan saraf darah di mata, meningkatkan tahap penglihatan kepada normal tanpa cermin mata, memberi tenaga dan membekalkan vitamin kepada retina mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 7:20 AM