NURUL Shahira  (duduk) menunjukkan Jus Ajzahah.
NURUL Shahira (duduk) menunjukkan Jus Ajzahah.
Oleh Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Produk minuman tambahan, Jus Ajzahah komited membantu individu meningkatkan kesuburan dan kesihatan dengan produk berasaskan buah zuriat (doum).

Pengasasnya, Nurul Shahira Shukry berkata, sejak empat tahun lalu, pihaknya membantu 1,000 pasangan suami isteri melakukan ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

"Jus Ajzahah mengandungi buah zuriat (doum), kurma, madu dan air zamzam serta tiada bahan terlarang.

"Malah, buah zuriat ini mengandungi bahan aktif yang dapat membantu membaikpulih struktur sel dalam badan serta meningkatkan kesuburan," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, produk berkenaan ditawarkan dalam set yang mengandungi dua botol iaitu Jus Zuriat 500 mililiter (ml) dan Pati Zuriat 250ml dengan harga RM75 sahaja.

"Minuman ini boleh diambil pada waktu pagi sebelum sarapan iaitu sebanyak 30ml Pati Zuriat dan 30ml Jus Zuriat pada waktu malam.

"Kami menerima pelbagai maklum balas positif dari segi kesihatan yang baik daripada pelanggan yang mengamalkan Jus Ajzahah secara konsisten setiap hari," katanya.

Nurul Shahira berkata, beliau sendiri juga mengamalkan produk ini dan berjaya mendapatkan zuriat selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, produk Jus Ajzahah kini giat dipasarkan menerusi platform secara dalam talian serta mempunyai 120 pengedar sah di seluruh Malaysia.

Bagi mendapatkan produk ini, pelanggan boleh mendapatkan secara langsung di media sosial Ajzahah dan di Facebook Nurul Shahira Shukry.

Pihaknya turut membuka peluang kepada individu yang ingin menambah pendapatan sampingan dengan modal serendah RM100.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Ogos 2021 @ 7:01 AM