Jambi: Jabatan Pendidikan Jambi menasihati pelajar wilayah itu supaya tidak terbabit dalam sambutan Hari Valentine pada 14 Februari ini.

Pekeliling mengenai isu itu sudah diedarkan kepada semua pengetua sekolah, lapor media semalam.

Menurut sumber, semua pelajar dinasihat supaya tidak bertindak sesuatu yang melanggar “etika dan nilai moral” pada berkenaan.

Tarikh 14 Februari dikaitkan dengan hari memperingati kekasih dan pasangan bercinta lazimnya menghabiskan masa untuk melayan buah hati masing-masing.

Pegawai di jabatan itu, Mulyad berkata, pekeliling berkenaan juga memaklumkan kepada semua pengetua sekolah sentiasa mengingatkan pelajar bertindak dalam batasan norma sedia ada. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 8:48 AM