Aktres Manisha Koirala, 44, yang disahkan bebas kanser rahim, baru-baru ini mengambil bahagian dalam CanSupport’s Walk for Life 2015 di New Delhi.

Penyertaannya itu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat yang bekas PESAKIT kanser juga boleh menikmati kehidupan yang bebas, bahagia, ceria dan pada masa sama memberi semangat kepada orang lain.

Menurut Manisha yang mendapat rawatan di Amerika Syarikat, dia sedia berkongsi pengalamannya terutama dengan pesakit kanser supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

“Jangan mudah berputus asa kerana setiap penyakit mesti ada ubatnya. Anda perlu menjadi seorang pejuang untuk membebaskan diri anda daripada penyakit berbahaya itu,” katanya.

Acara berjalan kaki itu juga diadakan bertujuan untuk mengumpul dana mengisi tabung pesakit kanser. Dia juga sempat berbual dan bergambar dengan bekas pesakit itu termasuk kanak-kanak.

Manisha juga dilihat kembali aktif dalam bidang seni dengan menyertai banyak acara hiburan termasuklah ke majlis Anugerah Brittania Filmare ke-60 pada 31 Januari lalu.

Katanya, meskipun ramai yang memandang industri filem Bollywood sa–ngat buruk, namun baginya dia gembira berada di Bol–lywood.

“Menghadiri majlis anugerah ini membuatkan saya segera terkenangkan pembabitan awal saya di Bollywood, anugerah pertama yang diterima dan kenangan terindah ialah betapa dekatnya hati saya dalam industri ini,” katanya.

“Saya suka lihat aktor Ranbir Kapoor menyentuh kaki Rekha. Walaupun orang luar selalu memberi gambaran buruk terhadap industri lakonan Bollywood, tetapi masih ada nilai mulia dan kualiti yang masih kekal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 8:44 AM