KAJOL
KAJOL
Oleh Norhadiani Baharom


Masih belum mendapatkan sari yang sesuai untuk perayaan Deepavali yang bakal diraikan pada Rabu ini?

Jika belum, paparan ruangan Moda minggu ini barangkali boleh dijadikan sebagai panduan atau inspirasi kepada gadis atau wanita berbangsa India di Malaysia untuk tampil menawan dan 'extravaganza' persis bintang Bollywood pada perayaan yang turut dikenali sebagai Diwali atau Pesta Cahaya.

Sari pakaian tradisi kebanggaan wanita di benua India, salah satu item fesyen terkenal dunia lebih-lebih lagi inisiatif memelihara dan memartabatkannya sering ditunjukkan oleh aktres Bollywood yang memilih menggayakan sari di majlis anugerah berprestij.

Jika dulu sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya dipadan dengan blaus digelarkan petticoat, choli atau ravika, kini rekaannya melalui pelbagai perubahan dramatik, mencetuskan elemen moden dan juga gaya fesyen 'avantgard'.

Bercakap mengenai aktres Bollywood yang sering tampil hebat setiap kali menggayakan persalinan sari, wanita itu tidak lain tidak bukan adalah model jelita, Deepika Padukone.

Sari rekaan pereka terkenal yang digayakan sering menjadi 'trendsetter' dalam perkembangan industri fesyen di India mahupun dunia.

Kehebatan sari juga menyaksikan kumpulan wanita popular, Pussycat Doll, pernah memperagakannya di sebuah majlis berprestij.

Turut dilampirkan dalam ruangan ini penggayaan sari oleh aktres Bollywood popular seperti Kajol, Aishwarya Rai, Karisma & Kareena Kaapor, Katrina Kaif, Priyanka Chopra, Shilpa Shetty serta Sushmitha Sen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:00 AM