SARI Yanti kini hamil enam bulan. FOTO Instagram
SARI Yanti kini hamil enam bulan. FOTO Instagram
Najiy Jefri


“ALHAMDULILLAH, dalam perjalanan di usia perkahwinan yang ketiga tahun, kami kini menunggu kehadiran ahli baru. Insya-Allah," kongsi pelakon Sari Yanti mendedahkan dirinya yang hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan pelawak Jep Sepahtu.

Sari menerusi Instagram miliknya berkata, dia turut berharap semoga ikatan perkahwinan bersama Jep terus dirahmati Allah SWT.

"Esok (hari ini) ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga tahun . Ya Allah rahmatilah perkahwinan Jep Sepahtu dan Sari Yanti di dunia hingga akhirat. Amin.

"Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak di atas doa yang baik daripada anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga," tulisnya.

Menerusi entri yang dimuat naik, Sari turut berkongsi gambar terkini dirinya yang sudah menampakkan ‘baby bump' dengan usia kandungan enam bulan.

Sementara itu, Sari turut menjelaskan mengenai penampilan terbaharu suaminya yang berambut panjang.

"Tak pernah kisah Jep rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. Saya sayang suami saya," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 3:43 PM