LEE Min Ho.
LEE Min Ho.
Amirul Haswendy Ashari

Pada masa ini, dua drama popular sedang diperkatakan peminat Kdrama, yakni Goblin dan The Legend of the Blue Sea.

The Legend of the Blue Sea dibintangi pelakon paling popular Korea, Lee Min Ho bersama Jun Ji Hyun.

Lee Min Ho, 29, tidak sahaja kacak malah juga aktor hebat. Hampir setiap drama lakonannya ‘meletup’, terutama di Malaysia. Antaranya Boys Over Flower, City Hunter dan The Heirs.

Untuk pembukaan Sasaeng 2017, Selebriti Metro Ahad senaraikan 10 perkara yang pastinya tidak ramai peminat Lee Min Ho yang tahu.

1. Tidak pandai berenang

Dalam satu temuramah, Lee Min Ho pernah ditanya siapakah antara rakan artis, Kim Rae Won, Kim Woo Bin dan Jung Il Woo yang akan diselamatkan terlebih dahulu jika lemas?

Malangnya, Lee Min Ho menjawab dia tidak tahu berenang!

2. Kemalangan

Pernah ditimpa kemalangan teruk pada usianya awal 20-an. Kemalangan yang turut membabitkan rakannya, Jung Il Woo menyebabkan dia trauma dan sekali gus mengubah perspektifnya terhadap kehidupan selepas itu.

3. Tidak selesa ayat romantis nakal

Biarpun bergelar pelakon, Lee Min Ho kurang selesa apabila diminta mengucapkan ayat berbaur nakal dalam drama komedi romantis. Dia lebih gemar mengucapkan dialog yang lebih matang dan tegas, seperti yang pernah dilontarkannya dalam filem Gangnam Blues.

4. Cemerkap

Walaupun sentiasa tampil bergaya tampan, dia sebenarnya bertingkah cemerkap! Lee Min Ho pernah beberapa kali tersadung di permaidani merah dan lebih malu dirakam puluhan kamera.

5. Kawan baik dengan Choi Jin Hyuk

Dia dikatakan kekal berkawan baik dengan pelakon yang memegang watak abangnya dalam drama Heirs iaitu Choi Jin Hyuk. Walaupun mereka tidak rapat ketika penggambaran Heirs, Choi Jin Hyuk berkata, hubungan mereka rapat apabila drama hampir tamat penggambaran.

Sejak itu, mereka senantiasa lepak bersama hingga kini dan ada menganggap Lee Min Ho dan Choi Jin Hyuk mempunyai personaliti hampir sama.

6. Belajar di sekolah lelaki

Ketika remaja, Lee Min Ho belajar di sekolah lelaki sekali gus membuatkan dia lebih mudah berkawan dengan lelaki berbanding wanita.

7. Tawaran Hollywood

Populariti dimiliki Lee Min Ho, sudah beberapa kali ditawarkan watak dalam filem terbitan Hollywood. Malangnya dia menolak kerana berasakan belum bersedia untuk menyahut cabaran itu.

8. Dua tahun sebagai Lee Min

Sebelum dikenali ramai, Lee Min Ho hanya menggunakan nama Lee Min tetapi disebabkan maksud Lee Min dalam bahasa Korea adalah berhijrah, dia menukar balik ke nama sebenar.

9. Bekas kekasih Park Min Young

Mungkin tidak ramai peminat sedar, Lee Min Ho pernah bercinta sekejap dengan pasangannya dalam drama City Hunter, Park Min Young sekitar 2011.

10. Minat bola sepak

Lee Min Ho antara pelakon yang suka bersukan malah sangat handal bermain bola sepak sejak zaman kanak-kanak lagi.

Namun katanya, sukar untuk bermain pada masa ini kerana dia perlu mengekalkan kakinya nampak kurus. Jika dia terus bermain, kakinya akan kelihatan tebal dan berotot.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 5:04 AM