LIMA wanita  yang diselamatkan polis di sebuah rumah inap desa.
LIMA wanita yang diselamatkan polis di sebuah rumah inap desa.
Oleh Mohamad Hussin

Alor Setar: Tindakan pantas seorang daripada lima wanita warga asing yang menghubungi pejabat Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur, menyelamatkan mereka daripada dijadikan pelacur dalam serbuan Ops Noda/Cantas di sebuah inap desa di Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 6.30 petang, sepasukan anggota dan pegawai Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman dan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, menyerbu premis berkenaan sejurus mendapat maklumat itu.

Difahamkan, wanita terbabit menghubungi pejabat kedutaan Thailand yang memaklumkan dirinya ditahan dan dipaksa melacur oleh sindiket pelacuran di bandar raya ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Superintendan Nor Omar Sappi berkata, kelima-lima wanita membabitkan dua warga Thailand dan tiga warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu, dipercayai dikurung majikan mereka bagi tujuan pelacuran.

"Selepas mendapat maklumat itu, pejabat kedutaan menghubungi Bukit Aman bagi memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota dan pegawai ATIP Bukit Aman serta D7 IPD Kota Setar menyerbu inap desa berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:09 AM