FOTO ihsan polis
FOTO ihsan polis
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Seramai 21 wanita warga asing berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun berjaya diselamatkan daripada satu sindiket pelacuran dalam serbuan di sebuah premis rumah urut di Seri Kembangan, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Serbuan yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Aman itu turut berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis dan seorang wanita warga Vietnam yang bertindak sebagai 'mummy' di pusat yang menyediakan perkhidmatan urut bagi tujuan pelacuran.

Ketua operasi, Inspektor Razali Md Kassim berkata, ketika serbuan, polis berjaya merampas sejumlah 432 keping kondom, 3 tiub pelincir KY dan wang tunai sebanyak RM2,750 yang disyaki hasil kegiatan pelacuran terbabit.

Menurutnya, antara wanita yang berjaya diselamatkan adalah 19 warga Vietnam dan masing-masing seorang dari Filipina serta Indonesia.

"Semua mangsa dan tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang utk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP),"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 9:57 AM