LALUAN perlumbaan LTdL
LALUAN perlumbaan LTdL
Oleh Azlan Muhammad Zain


Putrajaya: Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 akan membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,104.9 kilometer.

Pada majlis pengumuman laluan di Wisma Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebentar tadi, perlumbaan akan bermula di Pulau Langkawi pada 8 Mac menyusuri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan berakhir di Kuala Lumpur pada 15 Mac.

Peringkat kelima membabitkan jarak sejauh 200 kilometer bakal mencabar ketahanan pelumba apabila menjadi laluan terpanjang LTdL 2015.

Namun paling mencabar pastinya peringkat ketujuh membabitkan pendakian ke puncak Genting Highlands yang dilihat bakal menentukan kejuaraan yang dipertandingkan.

LTdL 2015 dianjurkan Human Voyage Sdn Bhd dengan perlumbaan adalah berstatus hors classe dan acara terbesar dalam kalendar UCI Asia Tour.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 4:28 PM