GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukkan seorang anggota IS mengancam membunuh warga Jepun,  Kenji Goto Jogo (kiri) dan Haruna Yukawa (kanan) kecuali wang tebusan  RM721 dibayar untuk membebaskan mereka.

Agensi

Kaherah: Kumpulan Negara Islam (IS) mengancam membunuh dua warga Jepun kecuali Tokyo membayar wang tebusan berjumlah AS$200 juta (RM721 juta) dalam tempoh 72 jam.

Ancaman itu disiarkan dalam video yang diterbitkan oleh cabang media IS, al-Furqan dan dimuat naik dalam laman kumpulan web kumpulan militan.

Ancaman itu ditujukan secara langsung kepada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang dalam rangka lawatan enam hari ke Asia Barat bersama-sama 100 pegawai kerajaan dan presiden beberapa syarikat negara itu.

Bercakap di Baitulmaqdis, Abe berikrar untuk menyelamatkan tebusan berkenaan, Kenji Goto Jogo dan Haruna Yukawa.

Beliau menggesa IS serta-merta membebaskan tebusan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:06 AM