"Sungguh dalam Islam aku mendapat jalan keluar daripada kesesatan yang aku lakukan dan mendapat kehidupan baru selepas mengucapkan dua kalimah syahadah. Sebuah kelahiran baru wanita yang baru diliputi kebaikan dan peri laku Islam"-kata bekas perisik Mossad, Yairona Sheiel selepas memeluk Islam.

"Aku sungguh bahagia dengan keIslamanku dan ternyata itulah kebenaran yang dipegang juara tinju dunia, Muhammad Ali..." kata bekas juara tinju dunia, Malik Abdul Aziz atau Mike Tyson apabila menjadi seorang Muslim.

Hakikatnya, hidayah itu bukan kepunyaan manusia, tetapi milik Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki

Buku ini menceritakan pengalaman 50 tokoh dalam pelbagai bidang yang kini seorang Muslim. Mereka menceritakan pengalaman ketika belum memeluk Islam dan kenikmatan yang diperoleh selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Cerita seorang kafir memeluk Islam apatah lagi tokoh yang berpengaruh dalam dunia barat bukalah sesuatu yang baru. Apabila Allah memberikan hidayah, ia suatu anugerah yang tiada nilainya.

Ketika zaman Nabi Muhammad saw, siapa tidak terkejut apabila Omar al-Khattab memeluk Islam sedangkan beliau kuat menentang Islam. Tetapi itulah hakikatnya, kekuasaan dan hidayah Allah mengatasi segala-galanya.

INFO

Judul: Indahnya Hidayah-Mu

Penulis: Farhan Hidayatullah

Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd

Harga: RM28.90 (Semenanjung Malaysia) RM30.90 (Sabah/Sarawak)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 5:01 AM