Oleh Yusmawati Mhd Yusof


Melaka: Mayat seorang wanita disyaki mangsa lemas ditemui terdampar dalam keadaan tertiarap di tepi pantai, Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini, tadi.

Mayat Sapura Yaakub, 30, ditemui orang awam terdampar di pantai berkenaan kira-kira 1.45 petang ini.

Menurut sumber, wanita yang lengkap berseluar jeans dan bersinglet itu ditemui seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang melalui kawasan itu.

"Mangsa dipercayai mandi di pantai berkenaan sebelum lemas.

"Polis turut menemui baju dipercayai milik mangsa yang diletak di bawah pokok berhampiran mayat itu ditemui.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 4:21 PM