NAJIB (dua kiri) terima sumbangan daripada Huang (tiga kanan) untuk mangsa banjir. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri), Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein (kiri), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa (dua kanan) dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Seri Zulkifeli Mohd Zin (kanan). FOTO Asyraf Hamzah

Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima bantuan banjir berbentuk khemah, pam air, penapis air dan generator daripada kerajaan China yang diserahkan oleh Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan Malaysia amat menghargai bantuan yang disumbangkan kepada mangsa banjir dan ini jelas menggambarkan keprihatinan serta bukti keakraban kedua negara.

Katanya, sumbangan ini menonjolkan hubungan erat antara kedua negara bukan sahaja daripada aspek ekonomi, ketenteraan dan pendidikan tetapi juga hubungan diplomatik antara kepimpinan serta rakyat yang kukuh.

"Kerajaan China menyumbangkan sebanyak 2,950 khemah selain 220 generator, 400 pam air dan hos air serta 60 mesin penyulingan air.

"Peralatan dan kelengkapan ini adalah untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir yang kehilangan rumah termasuk di Manek Urai, kem-kem PLKN dan Kem Wataniah," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan.

Menurutnya, semua peralatan ini akan diagihkan secepat mungkin mengikut keperluan dan permintaan daripada Pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan yang ditugaskan dilapangan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 1:38 PM