Syanty Octavia Amry


Shah Alam: Dengan sekali lafaz penyanyi Hafiz Hamidun, 33, selamat bergelar suami kepada usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin, hari ini.

Siti Arifah atau popular dengan nama Joy Revfa, 30, menerima mas kahwin RM1,000 manakala jumlah hantaran dirahsiakan.

Mereka dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Ustaz Firdaus Subhi di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada jam 3.20 petang.

Pada majlis itu Hafiz dan Joy mengenakan busana berwarna putih rekaan Cosry. Joy menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang kepada Hafiz.

Majlis pernikahan diadakan secara sederhana dihadiri kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Mengulas mengenai perancangan bulan madu, Hafiz berhasrat membawa isterinya menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini di samping berbulan madu ke beberapa negara lain selepas itu.

Katanya lagi, semua perancangan sudah diatur hanya menunggu jadual masing-masing lengang untuk terbang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 6:05 PM
Hafiz bersama isteri tersayang. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Hafiz bersama isteri tersayang. FOTO Nurul Shafina Jemenon