MOYES
MOYES
Reuters

Manchester: Kempen 10 tahun Sunderland di Liga Perdana Inggeris berakhir semalam apabila tewas 0-1 kepada Bournemouth, menyebabkan mereka ketinggalan 13 mata dengan baki empat perlawanan selepas Hull City terikat tanpa jaringan di Southampton.

Nasib Sunderland semakin jelas apabila pemain Bournemouth Josh King menjaringkan gol kemenangan di Stadium of Light pada minit ke-88 menerusi serangan balas pantas.

Kekalahan Hull mungkin akan memberi peluang buat Sunderland dan apabila Southampton diberikan penalti di Stadium St Mary pada minit terakhir skuad David Moyes dilihat mempunyai harapan tipis.

Namun, penjaga gol Hull Eldin Jakupovic berjaya menyelamatkan penalti Dusan Tadic pada minit terakhir dan memberikan Tigers di tangga ke-17 satu mata penting untuk mengelak daripada tersingkir.

“Saya amat bersimpati dengan penyokong. Mereka berusaha gigih mendapatkan wang untuk ke stadium dan kami tidak memberikan yang terbaik buat mereka musim ini,” kata Moyes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 9:42 AM