London: Perlawanan menghampiri masa kecederaan dan Arsene Wenger serta skuad Arsenal berdepan kemungkinan diejek dari Stadium Emirates buat kali kedua musim ini.

Kemudian tampil Santi Cazorla untuk menjaringkan penalti kontroversi pada minit keempat masa kecederaan selepas pengadil Bobby Madley menghukum Jose Fonte kerana menjatuhkan Olivier Giroud, satu keputusan yang membuatkan pengurus Southampton Claude Puel berang.

Sebaliknya, Wenger yang juga rakan senegara dari Perancis berkata, Arsenal boleh melangkah ke perlawanan Liga Juara-Juara menentang Paris Saint Germain dengan keyakinan baharu hasil kemenangan 2-1 kelmarin.

Arsenal menang di Watford sebelum aksi antarabangsa dan sebelum ini kehilangan satu mata daripada dua perlawanan pertama musim ini dan Wenger berkata: “Dua kemenangan banyak membantu, ia memberikan pemain lebih keyakinan untuk berada di tempat yang kami mahukan.”

Laurent Koscielny melakukan akrobatik untuk membatalkan gol sendiri jaringan penjaga gol Arsenal Petr Cech dalam usaha menyelamatkan sepakan percuma Dusan Tadic.

Pertelingkahan mengenai penalti sewajarnya tidak berlanjutan sekiranya Shane Long berjaya menyempurnakan dua peluang separuh masa kedua yang dicipta Southampton di utara London.

Wenger berkata, beliau tidak melihat ulangan insiden itu di televisyen tetapi pemain memberitahunya ia ‘100 peratus penalti’.

“Kami mungkin berpeluang mendapatkan satu atau dua penalti menerusi sepakan sudut.”

“Saya marah bagi pihak pemain,” kata Puel yang masih belum memenangi perlawanan kompetetif selepas mengambil alih tugas sebagai pengurus Saints pada pramusim. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 10:13 AM