ASWANE (kiri) menunjukkan peti  tabung masjid yang dipecahkan. FOTO  Mohd Hilmie Hussin
ASWANE (kiri) menunjukkan peti tabung masjid yang dipecahkan. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Baru tiga hari beroperasi, Masjid Al-Taqwa Batang Tiga, di sini, mendapat kunjungan tetamu tidak diundang, yang hadir pada waktu ketiadaan jemaah sebelum memecahkan tabung derma.

Masjid baru itu mula beroperasi Jumaat lalu mendapat sambutan kariah tempatan dan 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat kali pertama di situ.

Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid terbabit Aswane Zulkifli Stork, 48, berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 10 malam kelmarin hingga 4 pagi semalam.

“Selepas solat Isyak, seperti biasa akan ada jemaah yang membaca al-Quran sehingga 10 malam, selepas itu masjid dikunci.

“Namun, pagi tadi (semalam) jam 4 pagi, penjaga masjid Ahmad Isa datang untuk membuka pintu bagi persediaan solat Subuh, terkejut apabila mendapati satu tingkap angin terbuka dan ada empat kerusi yang disusun di bahagian luar dewan solat, dipercayai digunakan untuk memanjat dan masuk ke dalam,” kata Aswane.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 9:26 AM