Sebahagian dadah yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Sebahagian dadah yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Aizat Sharif

Alor Setar: Polis merampas pelbagai dadah bernilai RM100,000 selepas menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri dengan melanggar kereta peronda polis dalam satu operasi dadah di Alor Setar tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Superitendan Helmi Aris dalam satu kenyataan kepada media berkata, kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam apabila sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan satu operasi banteras dadah di Jalan Tuanku Haminah, disini selepas menerima maklumat orang awam.

“€œKita berjaya mengesan sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan melalui jalan berkenaan.

“€œNamun apabila kita menghampiri serta mengarahkannya untuk berhenti, pemandu kereta berkenaan secara tiba-tiba bertindak agresif dengan mengundurkan keretanya sebelum melanggar sebuah kereta polis yang berada di kawasan operasi,”katanya.

Helmi berkata, setelah melanggar kereta peronda polis, suspek lelaki yang memandu kereta itu berjaya dihalang daripada meneruskan perbuatannya untuk melarikan diri sebelum ditahan polis.

“€œKita kemudian mengarahkan lelaki berkenaan untuk keluar dari keretanya dan pemeriksaan pada badannya tidak menemui apa-apa namun pemeriksaan selanjutnya dalam kereta berkenaan menemui satu beg plastik yang berada di lantai penumpang hadapan kereta itu.

“€œApabila dibuka, kita berjaya menjumpai pelbagai jenis dadah seperti tujuh peket plastik disyaki syabu dengan anggaran berat sebanyak 412 gram, satu bungkusan plastik disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat sebanyak 234 gram, sepeket plastik berisi 90 biji pil disyaki ekstasi dan satu kotak kecil yang mengandungi 1,170 biji pil Eramin5,” katanya.

Suspek berusia 35 tahun itu kemudian ditahan dan rampasan dadah itu kemudian membawa polis ke rumah suspek di Taman Nuri, Alor Setar.

€œHasil pemeriksaan berjaya menemui beberapa lagi jenis dadah seperti 22 peket plastik mengandungi syabu dengan anggaran berat 672.57 gram dan 300 biji pil ekstasi yang disimpan dalam sebuah almari di rumah suspek.

“€œSuspek berkenaan didapati tidak mempunyai pekerjaan dan hasil saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya.

Kesemua rampasan dadah bernilai RM100,000 dan suspek kini direman untuk siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah dimana jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 3:31 PM