Seluar dalam emas berharga RM49,000.
Seluar dalam emas berharga RM49,000.
Agensi

Sydney: Syarikat Australia, aussieBum menghasilkan seluar dalam termahal di dunia - berharga AU$14,500 (RM49,000) - lebih mahal berbanding sebuah kereta kecil.

Seluar dalam itu dibuat daripada benang emas 24 karat yang dihasilkan di Jerman dan dijahit menjadi seluar dalam di Queensland.

Rakyat Australia, Sean Ashby, yang menubuhkan aussieBum pada 2001, berkata, idea mengeluarkan seluar dalam emas itu adalah ilham kecemerlangan industri perlombongan emas Australia.

“Ia zaman paling makmur Australia dan saya tertarik dengan idea penduduk dari seluruh pelusuk dunia datang mencari kekayaan di Australia,” katanya.

Setakat ini syarikat berkenaan sudah menjual sepasang seluar dalam emas itu dan mengadakan pertandingan untuk menghadiahkan tiga pasang lagi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 7:53 PM