GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

SYDNEY: Dua remaja lelaki warga Jepun berusia 16 tahun ditemui mati lemas ketika mengikuti lawatan sekolah ke sebuah pantai terkenal di timur Australia, kata polis hari ini.

AFP melaporkan, mayat kedua-dua mangsa berjaya ditemui awal pagi tadi selepas perkhidmatan kecemasan melancarkan operasi mencari dan menyelamat berhampiran Tasik Mackenzie di Pulau Fraser, Queensland.

Jurucakap polis, Tony Clowes berkata, polis mendapati kematian itu tidak mempunyai unsur mencurigakan namun pihaknya masih menunggu laporan penuh koroner.

Menurutnya, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu dan pihak berkuasa sedang berurusan dengan konsulat Jepun untuk membantu memudahkan proses selepas ini.

“Tidak dinafikan, ini adalah kes tragik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 1:52 PM