Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar iaitu Muhamad Ali, 72, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, 1.56 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Norazman Mohamad Yusof berkata, arwah meninggal dunia disebabkan masalah buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Katanya, jenazah diuruskan di hospital berkenaan dan akan dibawa pulang ke Taman Guru, Senawang, di sini.

"Jenazah berkemungkinan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang sebelum solat Jumaat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 9:58 AM