EDDIE bersama arwah isteri, Norlela.
EDDIE bersama arwah isteri, Norlela.
Ramlah Zainal

Kuala Lumpur: Isteri kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia kerana komplikasi buah pinggang di Hospital Ampang kira-kira jam 2.10 petang tadi.

Menurut Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 55, arwah isterinya sudah dua minggu menerima rawatan di Hospital Ampang kerana penyakit terbabit.

"Isteri saya meninggal dunia ketika melakukan rawatan dialisis. Arwah isteri juga sudah dua minggu dirawat di hospital.

"Selain masalah buah pinggang, arwah isteri juga ada jangkitan kuman sehingga jantungnya menjadi lemah.

"Jenazah arwah isteri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini, malam ini," katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan arwah Norlela, Eddie dikurniakan  tiga anak.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2023 @ 8:21 PM