KEMALANGAN Toyota Hilux dengan Perodua Kancil. FOTO Facebook IRDK
KEMALANGAN Toyota Hilux dengan Perodua Kancil. FOTO Facebook IRDK
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Pasir Puteh: Wanita warga emas maut manakala tiga lain cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7 Jalan Tebing Tinggi-Tok Bali di sini, 9 malam tadi.

Dalam kejadian malam tadi, Perodua Kancil dipandu Wan Mohd Saudin Wan Deraman, 41, dari arah Tok Bali ke Tebing Tinggi cuba membelok ke kanan untuk ke Beris Lalang.

Pada masa sama, Toyota Hilux dari arah bertentangan yang dipandu lelaki berusia 58 tahun tidak sempat memberhenti kenderaannya sebelum melanggar bahagian kiri Perodua Kancil itu.

Mangsa, Wan Yah Wan Hamat, 72, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan

Manakala pemandu serta penumpang belakang Perodua Kancil dan dan pemandu Toyota Hilux cedera.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, akibat kemalangan itu, kereta mangsa diseret sehingga ke pembahagi jalan.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.

Keterangan gambar:

Kemalangan di antara Toyota Hilux dengan Perodua Kancil di Kilometer 7, Jalan Tebing Tinggi-Tok Bali, di sini, malam tadi.

Tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 12:55 PM