KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Recqueal Raimi

Recqueal Raimi

Tuaran: Remaja lelaki maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran Kampung Koporingan, Tamparuli, 7.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mangsa berusia 14 tahun iaitu penumpang Proton Saga FLX itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori lima tan dipandu lelaki berusia 43 tahun dari Ranau menghala ke Kota Kinabalu hilang kawalan selepas satu tayar kenderaan pecah ketika menuruni bukit.

"Akibat itu, lori berkenaan melanggar tiga kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan manakala penumpang dan pemandu lain cedera sebelum dihantar ke Hospital Tuaran.

"Susulan kejadian itu, lori itu terbalik manakala Toyota Hilux, Proton Saga FLX dan Perodua Kancil terbabas ke bahu jalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fuad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 5:07 PM