Berita baik buat penggemar masakan pedas apabila Tony Roma’s menampilkan menu baru Turn Up the Heat untuk penerokaan deria rasa lebih berani buat penggemarnya.

Bermula Mac hingga April ini, menu baru itu memberi pengalaman rasa unik dan lebih ‘berapi’ untuk peminat yang menggemari masakan pedas.

Ketua Pegawai Eksekutif Grand Sahabat Sdn Bhd, pemegang francais Tony Roma Malaysia George Ang berkata, masakan pedas sentiasa menjadi sebahagian besar budaya Malaysia.

Katanya, sebagai pembawa pembaharuan dalam industri masakan untuk lebih 45 tahun dengan pendekatan kreatif dan kelainan pada masakan kegemaran popular, restoran itu sentiasa memburu cara menghidupkan menu serta menyediakan sesuatu yang baru buat pelanggan.

“Melalui menu untuk tempoh terhad ini, kami mahu mewujudkan sesi makan berserta pengalaman rasa dengan sentuhan ‘berapi’ untuk memuaskan kerinduan rakyat Malaysia terhadap sesuatu yang segar dan baru.

“Kami merangka satu menu yang membawa bukan hanya makanan pedas, tetapi direka khas oleh cef yang menerapkan rasa berani ke dalam hidangan terkenal di dunia,” katanya.

Ang berkata, pengunjung boleh memulakan hidangan pembuka selera dengan kepak ayam Harissa Maple Glazed - terdiri daripada enam kepak ayam manis dan pedas dihidangkan bersama kehangatan coleslaw jalapeno.

Beralih kepada sajian ikonik tulang rusuk, makanan laut dan stik Tony Roma’s, menu ini menampilkan kombo Spicy Peach Beef Ribs & Peppercorn Steak dua tulang rusuk daging lembu lazat berlapis dengan Habanero-pic, lada disapu pada sirloin disertai kentang lecek dan brokoli.

Udang kara, pasta udang dan Ancho Chili-Rubbed Salmon Platter di sisi lain ialah gabungan besar daripada udang kara, udang scampi dan salmon dihidangkan dengan coleslaw jalapeno berapi, tiga cawan sup dan dua pilihan makanan sampingan.

Tidak ketinggalan menu pencuci mulut yang akan menyejukkan bara deria rasa dengan TR Dessert Trio, pilihan tiga pencuci mulut mini lazat daripada brownie Raspberry Royale, Shortcake dengan sos strawberi segar, kek keju strawberi, kek red velvet atau biskut sandwic coklat.

Pengunjung juga boleh melengkapkan hidangan penuh rasa mereka menerusi dua moktel baru yang menyegarkan dengan kesegaran jus timun Cucumber Jalapeno Romarita dan Spicy Cucumber Jalapeno Romarita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 2:58 AM