POKOK ru yang tumbang menhempap kereta dan gerai makan. FOTO Noor Azurin Mohd Sharif

Noor Azurin Mohd Sharif

Melaka: Peniaga berputih mata selepas pokok ru ditanam 25 tahun lalu tumbang lalu menghempap kereta miliknya dan gerai makan diusahakan di Cristal Bay, Alai, Melaka Tengah, 4.45 petang tadi.

Nazari Yusoff, 57, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumah terletak berhampiran pokok yang tumbang itu.

"Saya tanam pokok itu sebagai hiasan di depan rumah, tak sangka ia tumbang hingga merosakkan kereta dan gerai.

"Tapi mujur ketika kejadian tidak ada orang kerana saya berniaga pada sebelah pagi.

"Selain itu saya juga bernasib baik kerana pokok ru berkenaan tidak hempap rumah," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Akramuddin Abdul Aziz yang ke lokasi kejadian berkata, pihaknya akan segera mengaturkan bantuan untuk mangsa pokok tumbang terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 8:26 PM