Husam diarahkan keluar dewan oleh Speaker DUN kerana melanggar peraturan. FOTO Syamsi Suhaimi
Husam diarahkan keluar dewan oleh Speaker DUN kerana melanggar peraturan. FOTO Syamsi Suhaimi
Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa diarah meninggalkan dewan persidangan kerana melanggar arahan Yang di-Pertua DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'akub.

Ia berlaku ketika Husam bangun untuk mencelah ucapan penggulungan Titah Pemangku Raja Kelantan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, dalam Sidang DUN, hari ini.

Beliau mempersoalkan kelayakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nasuruddin Daud mengulas hal agama termasuk isu perceraian

Apabila Ahmad tidak mengizinkan Husam mencelah, Abdullah meminta Husam supaya duduk.

“Yang Berhormat Salor, Menteri Besar tidak memberi laluan, sila duduk Yang Berhormat, sila duduk ADUN Salor, Salor sila duduk, sila duduk.

“Sekarang YB (Ahmad) tak bagi jalan kepada YB (Husam), sekarang kerajaan sedang melakukan penggulungan. Minta Bentara jalankan tugas, sila keluarkan ADUN Salor dari dewan ini, “ katanya.

Husam ketika ditemui di luar dewan memberitahu, beliau hanya mahu menyoal kelayakan Mohd Nasuruddin selepas mengeluarkan fatwa mengenai isu besar perceraian.

“Dia beritahu dalam perbahasan kata salah bersekedudukan dengan isteri sebab tercerai daripada talak taklik, yang jika cara bercakap merujuk saya juga.

“Sedangkan talak itu tidak sah (rujuk talak baiah PAS selepas keluar parti). Tapi bila saya nak bertanya apa kelayakan dia, saya dihalau.. jadi saya berbangga lah. Pertama kali dihalau.

“Tapi jika ini bukan persidangan terakhir untuk sesi ini, saya akan datang lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 3:37 PM