BAKI seorang lagi pelatih PUSPEN yang melarikan diri kini dicari polis. FOTO Sharafiq Abd Samad
BAKI seorang lagi pelatih PUSPEN yang melarikan diri kini dicari polis. FOTO Sharafiq Abd Samad
Oleh Ibrahim Isa


Ledang: Dua pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Muar di sini, melarikan diri dari pusat itu pada 8.45 malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas pengurusan dan polis bantuan pusat itu berjaya menahan semula seorang daripada pelatih itu di Bandar Baru Bukit Gambir, awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah Ledang Superintendan MohamedSalleh Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan polis berkaitan kejadian itu kira-kira jam 9 malam.

"Kedua-dua pelatih itu berusia 25 tahun dan seorang daripada mereka ditahan polis bantuan PUSPEN berkenaan pada 2 pagi tadi.

"Gerakan mengesan baki seorang lagi pelatih giat dilakukan dan kami turut menggerakkan anggota untuk mencarinya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 6:07 PM