Oleh Mohamad Hanafis Abdul Haris


Ledang: Dua beradik maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 156.7 Lebuhraya PLUS arah utara Pagoh-Tangkak, malam tadi.

Kejadian kira-kira 11.50 malam itu, kenderaan jenis Perodua Alza dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok berhampiran.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Musa Kasbullah, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian nahas itu pada 11.52 malam.

Katanya, sebaik tiba dilokasi didapati kenderaan dinaiki mangsa dalam keadaan terbalik.

"Mangsa dikenali sebagai P Rajoo, 30 dan P Yogarajan, 25, dan dikeluarkan dari kenderaan dalam tempoh 10 minit

"Kedua-dua mereka bagaimanpun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 11:53 AM