Anggota bomba melakukan operasi mencari mangsa. FOTO Shaifulazhar Misri
Anggota bomba melakukan operasi mencari mangsa. FOTO Shaifulazhar Misri
Oleh Ibrahim Isa


Ledang: Wanita berusia 33 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Muar di Jeti Kundang Ulu di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan berdiri di tepi jeti berkenaan sebelum dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Musa Kasbullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.17 pagi sebelum satu jentera dan lima anggota ke tempat kejadian.

"Apabila tiba, kami dimaklumkan mangsa hilang sejak 8 malam dan kerja mencari serta menyelamat dijalankan.

"Kami masih menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa serta memohon bantuan unit skuba pada jam 2.59 pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 6:10 PM