JURGEN Klopp (kiri) dan Pep Guardiola. FOTO AFP & EPA
JURGEN Klopp (kiri) dan Pep Guardiola. FOTO AFP & EPA
AFP

London: Pep Guardiola menggesa Manchester City supaya melupakan penderitaan Liga Juara-Juara dengan mencatat kemenangan penting ke atas Liverpool, ketika Chelsea terus berhasrat menghampiri gelaran Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.

Skuad Guardiola tersingkir daripada kejohanan kelab elit Eropah dengan penuh kejutan apabila mensia-siakan kelebihan 5-3 untuk ketinggalan menerusi gol di tempat lawan selepas tewas 1-3 di Monaco.

Ia satu lagi kekecewaan besar buat pengurus City Guardiola, yang tidak pernah menyaksikan satu daripada kelab kendaliannya tersingkir sebelum suku akhir Liga Juara-Juara.

Guardiola, Barcelona dan Bayern Munich dikritik hebat berikutan taktik dan pemilihan pasukan di Monaco.

Lantaran City kini berada di tangga ketiga, hanya satu mata mengatasi Liverpool di tangga keempat untuk perebutan empat kelompok teratas, Guardiola perlukan suntikan semangat di Eastlands hari ini (awal pagi esok waktu Malaysia) dan tidak sabar mahu melihat bagaimana pasukannya bangkit terhadap situasi itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 5:45 AM