Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang media analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di Putrajaya, pagi ini. - Foto FARIZ ISWADI ISMAIL
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang media analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di Putrajaya, pagi ini. - Foto FARIZ ISWADI ISMAIL
Hayati Ibrahim dan Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Seramai 8, 647 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 memperoleh keputusan cemerlang semua A berbanding 9,721 calon pada 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan, namun prestasi keseluruhan pelajar lebih baik berdasarkan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) 2016.

Katanya, GPN 2016 mencatatkan 5.10 berbanding 5.15 pada 2015 dengan perbezaan 0.05 dan

Berdasarkan GPN, nilai lebih kecil adalah menunjukkan pencapaian calon lebih baik.

"Bagi peratusan semua pelajar yang mendapat semua A (Gred A+, A dan A-) tahun lalu adalah 2.13 peratus berbanding 2.38 peratus.

"Sementara, pelajar yang mendapat A+ adalah 102 calon atau 1.94 peratus berbanding 163 calon atau 2.6 peratus pada 2015," katanya pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2016 di sini, hari ini.

Seramai 434,535 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2016, berkurangan 6,147 (1.39 peratus) pada 2015.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan nilai GPN, pencapaian calon di bandar meningkat 0.05 kepada 4.89 pada tahun lalu, berbanding 4.94 pada tahun sebelumnya.

"Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat 0.08 iaitu 5.36 pada tahun lalu berbanding 5.44 pada tahun sebelumnya.

"Ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar lebih tinggi berbanding calon di bandar," katanya.

Katanya, jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.03 manakala pada tahun ini, jurang pencapaian adalah 0.47 berbanding 0.50 pada tahun 2015.

Bagi calon berkeperluan khas (CBK), Khair berkata, seramai 510 atau 58.42 peratus daripada 873 calon menduduki layak dianugerahkan sijil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 10:19 AM