IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Khidmat khas bomba digunakan untuk mengangkat lelaki yang mengalami masalah obesiti untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dari rumahnya di Taman Canning, di sini, hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 49 tahun tidak dapat berjalan manakala beratnya yang mencecah 300 kilogram (kg) menyebabkan keluarganya berdepan masalah untuk membawanya ke hospital untuk menerima rawatan akibat sesak nafas.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Khamis Harun, berkata pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki itu pada 9.16 pagi.

Katanya, sepasukan anggota kemudiannya ke lokasi untuk menjalankan khidmat khas berkenaan dan sebaik tiba mendapati lelaki berkenaan berada dalam keadaan meniarap di atas katil.

"Lelaki berkenaan dalam keadaan sedar dan ia memudahkan kita memberi arahan kepadanya sebelum berjaya dikeluarkan dari rumahnya. Dia kemudian diangkat menggunakan selimut oleh lapan anggota.

"Jentera bomba kemudiannya digunakan untuk membawa lelaki itu ke HRPB sebelum,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 2:35 PM