HUAWEI P10
HUAWEI P10
HUAWEI P10 Plus
HUAWEI P10 Plus
HUAWEI P10 LITE
HUAWEI P10 LITE
Afiq Hanif

Huawei melancarkan tiga model P10 bagi pasaran Malaysia termasuk P10, P10 Plus dan P10 Lite yang boleh ditempah bermula 23 Mac ini.

Semua model ini akan berada di pasaran mulai 31 Mac.

P10 datang dengan skrin 5.1 HD penuh berbanding P10 Plus yang bersaiz 5.5 inci.

Kedua-duanya dilengkapi Leica Dual Camera 2.0 20MP monokrom serta 12MP RGB dengan sensor di samping penstabil imej optikal yang ditagih pengguna.

Perubahan besar berkenaan direalisasikan oleh Leica Dual-Camera 2.0 Pro Edition dan terbaru, ia menggunakan lensa Leica Summilux-H (P10 Plus) yang mempunyai apetur f/1.8, sekali gus menjadi kejutan kepada pengguna yang mahukan kamera berkuasa tinggi sama kualitinya dengan DSLR tapi saiz yang nipis dan kompak.

Kualiti kamera selfie depan juga hebat dan bukan lagi bergantung kepada fungsi ‘Beauty’ semata-mata.

Selain itu, P10 dan P10 Plus menggunakan pemprosesan Kirin 960 yang menjadikan telefon kekal laju walaupun sudah 18 bulan menggunakannya.

INFO

HUAWEI P10

• Harga: RM2,499

• Storan: 64GB

• RAM: 4GB

• OS: Android 7.0

• Warna pilihan: emas dan hitam

• Skrin: 5.1 inci FHD

• Set cip: Kirin 960 4 x Cortex A73, 4 x Cortex A53

• GPU: Mali G71 MP8

• Kamera: 20MP (monokrom), 12MP (RGB)

• Kamera depan: 8MP

• Bateri: 3200mAh

HUAWEI P10 Plus

• Harga: RM3,099

• Storan: 128GB

• RAM: 6GB

• OS: Android 7.0

• Warna pilihan: Emas dan hitam

• Skrin: 5.5 inci FHD

• Set cip: Kirin 960 4 x Cortex A73, 4 x Cortex A53

• GPU: Mali G71 MP8

• Kamera: 20MP (monokrom), 12MP (RGB)

• Kamera depan: 8MP

• Bateri: 3750mAh

HUAWEI P10 LITE

• Harga: RM1,299

• Storan: 32GB

• RAM: 4GB

• OS: Android 7.0

• Warna pilihan: Emas dan hitam

• Skrin: 5.2 inci HD

• Set cip: Kirin 655 4 x Cortex A53, 4 x Cortex A53

• GPU: Mali T830MP2

• Kamera: 12MP

• Kamera depan: 8MP

• Bateri: 3100mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 11:07 AM