Model P10 yang dilancarkan bagi pasaran Malaysia. FOTO Afiq Hanif
Model P10 yang dilancarkan bagi pasaran Malaysia. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif


Setia Alam: Huawei melancarkan tiga model P10 bagi pasaran Malaysia iaitu P10, P10 Plus dan P10 Lite yang boleh ditempah bermula 23 Mac ini.

P10 datang dengan skrin 5.1 HD penuh berbanding P10 Plus yang bersaiz 5.5 inci.

Kedua-duanya menggunakan Leica Dual Camera 2.0 20MP monokrom serta 12MP RGB yang lengkap dis sensor di samping penstabil imej op0tikal.

Selain itu, ia menggunakan pemprosesan Kirin 960 yang menjadikan telefon kekal laju walaupun sudah 18 bulan menggunakannya.

P10 berharga RM2,699 untuk RAM 4GB dan storan 64GB.

Manakala P10 Plus pula berharga RM3,099 untuk RAM 6GB serta storan 128GB.

P1 Lite tanpa sokongan dwi kamera pula berharga hanya RM1,299 dengan RAM 4GB.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 3:12 PM