Huawei P9 dan P9 Plus
Huawei P9 dan P9 Plus
Huawei P9 dan P9 Plus
Huawei P9 dan P9 Plus
Huawei P9 dan P9 Plus
Huawei P9 dan P9 Plus

HUAWEI kali ini benar-benar memukau peminat smartphone apabila memperkenalkan model P9 pada awal suku kedua tahun ini.

Ia tidak habis di situ kerana smartphone flagship keluaran Huawei ini dilengkapi lensa yang dipantau penuh oleh pereka kamera terkemuka dunia iaitu Leica.

Namun kehadiran P9 bukanlah hanya satu smartphone, tetapi tiga iaitu P9, P9 Plus dan P9 Lite.

Gusar dengan model yang mana sesuai dan masih tercari-cari yang manakah menjadi idaman kalbu anda? Jom kita lihat perbezaannya.

Apa beza antara tiga smartphone hebat ini?

HUAWEI P9

Berat: 144 gram

Saiz skrin: 5.2 inci

Resolusi skrin: 1920x1080

Ciri force touch: Tiada

Pengimbas cap jari: Ada

Pemproses: Kirin 955

Memori: 3/4GB

Storan: 32/64GB

MicroSD: Ada

Bateri: 3,000 mAh

Kamera belakang: 12MP Dwi-lensa daripada Leica

Kamera depan: 8MP

HUAWEI P9 PLUS

Berat: 162g

Saiz skrin: 5.5 inci

Resolusi skrin: 1920x1080

Ciri force touch: Ada

Pengimbas cap jari: Ada

Pemproses: Kirin 955

Memori: 4GB

Storan: 64GB

MicroSD: Ada

Bateri: 3,400 mAh

Kamera belakang: 12MP Dwi-lensa daripada Leica

Kamera depan: 8MP

HUAWEI P9 LITE

Berat: 147 gram

Saiz skrin: 5.2 inci

Resolusi skrin: 1920x1080

Ciri force touch: Tiada

Pengimbas cap jari: Ada

Pemproses: Kirin 650

Memori: 2/3GB

Storan: 16GB

MicroSD: Ada

Bateri: 3,000mAh

Kamera belakang: 13MP

Kamera depan: 8MP

Seperti yang anda boleh lihat, Huawei P9 Plus memiliki pemproses serta kapasiti yang sama dengan P9 iaitu Kirin 955 dan 64GB storan simpan.

Disebabkan saiz P9 Plus lebih besar berbanding P9, bateri yang dimuatkan lebih besar dengan kapasiti 3,400mAh.

Satu lagi kelebihan yang terdapat pada P9 Plus adalah sistem bunyinya.

Anda akan perasan jika buat perbandingan kerana ia mempunyai dua saluran pembesar suara, satu di atas iaitu posisi speaker telinga yang digunakan untuk mendengar ketika membuat panggilan dan satu lagi di bawah bersebelahan dengan port pengecas.

Bezanya mudah, pembesar suara di atas dilengkapi dengan ciri treble, manakala di bawah pula kaya dengan bunyian bass.

Berkenaan kamera, tidak ada bezanya antara P9 dan P9 Plus kerana ia juga dilengkapi dengan dwi-lensa daripada Leica.

Namun, prestasi P9 Lite lebih rendah daripada P9. Bukanlah bermaksud ia ‘lembik’, ini kerana P9 Lite dilengkapi dengan pemproses Kirin 650, 4-teras dengan kelajuan 2.0GHz.

RAM pula disertakan dalam dua jenis iaitu 3GB atau 2GB yang dipadankan dengan storan 16GB. Jangan gusar, ketiga-tiga telefon ini dilengkapi dengan slot microSD.

Baru-baru ini, Huawei menambah dua lagi variasi warna, iaitu biru dan merah bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna.

Huawei P9 dijual di Malaysia pada harga RM2,099, manakala P9 Plus RM2,599 dan ‘adik bongsu’ mereka P9 Lite RM1,099.

Jom kita beralih kepada fungsi kamera. Apa yang hebat sangat berkenaan dwi-lens kamera ini?

Huawei P9 dan P9 Plus mempunyai dwi-lens kamera belakang 12MP dilengkapi bersama laser autofocus dan dwi-LED flash. Namun, Huawei P9 tidak memiliki penstabil imej optikal (OIS). Itu bukan bermaksud ia lemah.

Dengan bantuan apertur f/2.2, disertai pula saiz piksel yang agak besar, 1.25-mikron menjadikan tangkapan rendah cahaya sangat bagus.

Lensa kedua Huawei P9 bukanlah berfungsi sebagai perakam perincian subjek seperti kebanyakan dwi-lensa kamera telefon lain, namun ia berfungsi merakam gambar monokrom dalam resolusi 12MP. dan fungsi hitam putihnya bukan biasa-biasa.

Menurut Huawei, ia merakam lebih ketelitian dengan gabungan sensor warna Red Green Blue (RGB), manakala kamera selfie pula 8MP f/2.4.

Secara kesimpulannya, Huawei P9 menghasilkan foto yang sangat menyerlah. Foto yang dirakam dalam kebanyakan masa sangat memuaskan walaupun tidak dilengkapi OIS. Hebat bukan?

Ia adalah kamera yang terbaik jika kami bandingkan dengan telefon pintar lain. Julat dinamik juga sangat baik (dengan mod HDR ataupun tidak), warna yang cekap dan bertenaga, serta kamera ini berjaya mengimbangi kecerahan dengan terperinci.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 11:51 AM