Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur, ramai pengunjung singgah untuk menikmati alam semula jadi dan makanan laut yang enak di Pantai Cherating, Pahang.

Selain itu, ramai pelancong mengunjungi tempat ini untuk mendamba pantainya yang memutih dan mandi laut.

Bagi penginapan, ramai memilih Suria Cherating Beach Resort sebagai destinasi popular untuk bersantai.

Hotel yang dibuka sejak 2003 itu menjadi tumpuan orang ramai terutama umat Islam kerana ia mengamalkan peraturan halal 100 peratus termasuk tidak menghidangkan minuman keras.

Ketua Pegawai Operasi, Nor Dalina Khalil berkata, resort itu mempunyai 114 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

Beliau berkata, ada lima jenis bilik penginapan iaitu Terrace Garden View, Terrace Sea Front, Deluxe Sea Front dan Suite & Superior Garden View.

"Bagi mereka yang datang secara berkumpulan, Suria Cherating Beach Resort menyediakan pakej istimewa seperti pakej seminar bagi korporat dari RM150 dan kakitangan kerajaan dari RM120 serta pakej hari keluarga daripada RM180.

"Pakej itu menawarkan sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam serta makam malam ala BBQ kepada setiap pelanggannya.

"Kami turut menyediakan aktiviti seperti teambuilding dan sukaneka," katanya.

Resort ini turut menyediakan 10 bilik mesyuarat lengkap dengan kemudahan WiFi dan sistem bunyi untuk memenuhi keperluan jika mengadakan mesyuarat.

"Kami juga menyediakan pelbagai aktiviti pantai seperti permainan bola sepak, bola tampar serta layang-layang," katanya.

Di kawasan sekitar Cherating dan Kemaman juga banyak menjual ikan segar, keropok mentah, keropok lekor dan otak-otak.

"Jika mahu sekadar untuk menikmati udara malam, anda boleh menyusuri Sungai Cherating untuk melihat kelip-kelip.

"Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah Tasik Chini, Gua Charah, Turtle Sanctuary dan Kampung Kebudayaan Cherating di mana anda boleh melakukan aktiviti seperti melukis batik," katanya.

Terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuantan, Pahang, resort ini boleh dikunjungi dengan kereta atau 35 minit dengan pesawat dari Kuala Lumpur.

Hubungi talian 09-5819898, 03-78064752, 1 800 88 (SURIA) atau laman web, www.suriaresorts.com atau [email protected] untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:30 AM