BILIK Deluxe Triple yang selesa dan mendamaikan.
BILIK Deluxe Triple yang selesa dan mendamaikan.

Kolam air panas di Bentong, Pahang yang mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur memang terkenal dalam kalangan penggemar alam semula jadi.

Berada di persekitaran hutan hujan Khatulistiwa yang mendamaikan, Suria Hotspring Resort menyediakan kemudahan pe­nginapan dan restoran yang diuruskan Suria Resorts & Hotels. Lokasinya tidak jauh dari ibu kota, iaitu kira-kira 69 kilometer di utara Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak.

Hutan yang menghijau menawarkan pelbagai tarikan botani seperti tumbuhan herba, buah-buahan, pokok renek dan tumbuhan berbunga menarik pelbagai jenis burung, kelawar dan serangga.

Pengunjung dapat menikmati kesegaran air di kolam renang dan berendam di air bersulfur yang disalurkan dari mata air panas ke kolam dan tab berjubin.

Suhu air dalam lingkungan 45 hingga 50 darjah Celsius dan ia dikatakan membantu melegakan sengal-sengal otot serta merehatkan kelesuan badan.

Air yang mengalir dari mata air panas mempunyai beberapa kesan pemulihan terapeutik malah sejak zaman purba, mata air panas dikatakan mempunyai kesan positif terhadap pelbagai jenis penyakit, melancarkan perjalanan darah untuk kesihatan tubuh.

Ada beberapa kolam semula jadi yang anda boleh pilih dan jika mahu kemudahan secara privasi, anda boleh memilih kolam peribadi untuk mendapatkan ketenangan sambil berendam di dalam air.

Resort ini juga menampilkan konsep bersih, moden, selesa, dan berbaloi dengan wang anda selain bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan melampau serta menepati kehendak syariah.

Suria Hotspring Resort yang bertaraf tiga bintang menawarkan 80 bilik dengan harga yang sangat berpatutan. Antara kemudahan yang disediakan ialah TV LED 32 inci dengan saluran IPTV terpilih, penghawa dingin, peralatan peribadi, mandian pancuran air panas, Internet dan peti sejuk mini.

Terdapat tiga jenis bilik iaitu Deluxe Triple, Deluxe Quad dan Vila yang mempunyai jakuzzi. Bagi tetamu yang ingin menjamu selera, anda boleh berkunjung ke Restoran Bunga Padi yang menghidangkan menu tempatan dan

barat.

Hotel itu turut menyediakan pakej mesyuarat untuk sektor korporat, kerajaan, hari keluarga, majlis makan malam dan perkahwinan dengan harga berpatutan.

Anda juga boleh me­ngunjungi beberapa tempat menarik sekitar Suria Hotspring Resort, antaranya Air Terjun Ulu Tampit, Taman Hutan Rekreasi Lentang, Air Terjun Chamang, Deer Land, Kuala Gandah Lanchang dan Genting Highlands.

Suria Hotspring Resort turut menyediakan kemudahan restoran, surau, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, kolam renang, kolam air panas, meja pool, permainan karom, catur dan kemudahan berbasikal.

Hubungi talian 03-78064752, 09-2210200, talian bebas tol 1-800-88 -SURIA (78742) laman web: www.suriaresorts.com, e-mel: [email protected] Facebook - Suria Resorts & Hotels untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Februari 2015 @ 5:04 AM