Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah memenangi aksi pusingan pertama Seluruh England mengalahkan Brice Leverdez dari Perancis hari ini.

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan mencatat kemenangan 21-15, 21-12 dalam aksi selama 35 minit di Arena Barclaycard, Birmingham.

Turut mara pasangan beregu lelaki nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menumpaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (Jepun) 21-15, 21-18.

Gandingan utama beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengalahkan Nico Ruponen-Amanda Hogstrom (Sweden) 21-12, 21-19.

Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei juga mara ke pusingan kedua apabila mengetepikan pasangan Thailand, Puttita Supajirakul-Sapsiree-Taerattanachai 18-21, 21-11, 21-17.

 

 

#kw badminton, Seluruh England, Pusingan Pertama

#loc 52.479776999999999, -1.915044

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 2:38 AM