CHAN Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying. FOTO Rosli Rahmat
CHAN Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying. FOTO Rosli Rahmat
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melakar sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir Seluruh England buat kali pertama.

Mereka memenangi aksi separuh akhir sebentar tadi selepas menumpaskan gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-17, 21-15 di Arena Barclaycard, Birmingham.

Menanti mereka di perlawanan akhir ialah pilihan kelima dari China, Lu Kai-Huang Yaqiong yang sebelum itu menumpaskan Chris Adcock-Gabrielle Adcock (England) 19-21, 21-12, 22-20.

Sementara itu, hasrat untuk melihat Datuk Lee Chong Wei berentap dengan Lin Dan dalam perlawanan akhir acara perseorangan lelaki tidak kesampaian apabila jaguh China itu tumpas kepada rakan senegara, Shi Yuqi 22-24, 11-21 sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 1:13 AM