Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Kerajaan berharap Korea Utara memberi layanan baik kepada rakyat Malaysia yang dilarang meninggalkan negara itu sejajar dengan undang-undang antarabangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sekatan dikeluarkan Korea Utara yang tidak membenarkan rakyat Malaysia keluar dari negara itu sudah dijangkakan.

"Tindakan itu bukan di luar jangkaan namun perkara ini diserahkan kepada Wisma Putra yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikannya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bangunan Blok A Syarikat ROHM-Wako di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Bangunan berkenaan dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir, Pengerusi ROHM Wako, Datuk Yosuke Yoshioka.

Mustapa berkata, kerajaan Malaysia akan terus memantau keadaan rakyat di Korea Utara dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 2:48 PM