ANTARA pelajar Markaz Tahfiz Makkah Al-Mukarramah tiba di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ANTARA pelajar Markaz Tahfiz Makkah Al-Mukarramah tiba di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Husni Mohd Noor


Sepang: Tujuh puluh daripada 104 pelajar Markaz Tahfiz Al-Mukaramah di Sharqia, Mesir yang ditahan polis negara itu berhubung kesalahan visa pelajar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi dua penerbangan pagi tadi.

Seramai 55 pelajar tiba pada 8.35 pagi menerusi penerbangan Qatar Airways 844 manakala 15 pelajar lagi tiba dengan penerbangan Emirates Airlines pada 10.20 pagi.

Ketibaan mereka di KLIA disambut ahli keluarga masing-masing.

Difahamkan, kumpulan terakhir seramai 15 orang dijangka tiba di tanah air pada 3.30 petang ini.

Semalam, kumpulan pertama 19 pelajar selamat tiba di KLIA pada 3.51 petang.

Pada 27 Februari lalu, polis Mesir menahan 104 daripada 126 pelajar Malaysia yang belajar di Markaz Tahfiz Al-Mukaramah berikutan kesalahan visa pelajar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 1:16 PM