ANGGOTA bomba memujuk lelaki yang bergayut pada kabel elektrik supaya turun. FOTO ihsan Polis
ANGGOTA bomba memujuk lelaki yang bergayut pada kabel elektrik supaya turun. FOTO ihsan Polis
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Lelaki ditahan polis apabila bergayut di kabel elektrik di kawasan perumahan Vista Perdana, Permyjaya, hari ini.

Dalam kejadian pada 5.30 pagi tadi, lelaki terbabit berusia 30-an dikatakan memanjat tiang elektrik sebelum bergayut di kabel elektrik.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihak bomba kemudiannya memujuk lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

"Selepas lebih 10 minit minit dipujuk, lelaki terbabit turun dengan sendirinya tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 11:18 AM