GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Erika George


Miri: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana mengugut untuk membunuh ibunya petang tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, sekitar jam 1 tengah hari tadi, suspek menghubungi ibunya berusia 45 tahun dan mengancam untuk membunuh wanita berkenaan.

"Bimbang keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya mengesan sebelum menahan lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Dato Permaisuri Bandar Baru Permyjaya, di sini, kira-kira jam 4 petang.

Katanya, pihaknya turut merampas satu rim dipercayai dicuri dari kereta milik ayahnya sendiri.

Alexson berkata, siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 11:28 PM